**Penjejak**

Showing posts with label My art. Show all posts
Showing posts with label My art. Show all posts

Anak Mak Cik Limah, OKU.

Jam di dinding menunjukkan pukul satu pagi. Makcik Limah terjaga dari tidurnya apabila mendengar rengekan remaja disebelahnya. Leman merengek sambil matanya terpejam. Bibir Leman kering dan berdarah, belakang badannya panas, kakinya sejuk. Leman demam. Malam tadi sawannya datang lagi. Sedih makcik Limah melihat keadaan anaknya. Hanya mampu merengek, tidak bergerak dari pembaringannya. Makan pun tidak lalu, asyik munta-muntah.

#1# Perginya 1 demi 27

Ujian itu Allah berikan kerana kasihNya Dia pada hambanya. Adakah aku salah seorang dari hamba yang dikasihiNya? Berat sungguh hati menanggung. Ujian itu Allah letakkan pada hambaNya kerana Dia tahu hambaNya itu mampu memikulnya. Mampukah aku menggalas segala beban ujian ini?

Amir mengurut perlahan pelipisnya mengurangkan rasa sakit kepalanya. Bermacam-macam perkara sedang difikirkannya. Hatinya tidak tenang. Migrainnya pergi dan kembali berselang hari. Otaknya kusut.
                                                                             ***