**Penjejak**

#1# Perginya 1 demi 27

Ujian itu Allah berikan kerana kasihNya Dia pada hambanya. Adakah aku salah seorang dari hamba yang dikasihiNya? Berat sungguh hati menanggung. Ujian itu Allah letakkan pada hambaNya kerana Dia tahu hambaNya itu mampu memikulnya. Mampukah aku menggalas segala beban ujian ini?

Amir mengurut perlahan pelipisnya mengurangkan rasa sakit kepalanya. Bermacam-macam perkara sedang difikirkannya. Hatinya tidak tenang. Migrainnya pergi dan kembali berselang hari. Otaknya kusut.
                                                                             ***