Amir mengurut perlahan pelipisnya mengurangkan rasa sakit kepalanya. Bermacam-macam perkara sedang difikirkannya. Hatinya tidak tenang. Migrainnya pergi dan kembali berselang hari. Otaknya kusut.
***
Lidahnya kelu mendengar berita sedih dari mulut sahabat akrabnya sendiri. Bagaimana dia mahu menenagkan sahabatnya itu, sedangkan hatinya sendiri masih bergolak. Dia juga turut menantikan keputusan peperiksaan ulangannya dengan perasaan yang berbaur. Dia sendiri bimbang jika dia tidak mampu memperolehi keputusan yang baik. Dia takut jika keputusannya hanya cukup-cukup makan untuk naik tahun dan tidak mampu memohon tajaan yuran pada tahun itu lantas mengecewakan ibubapanya di Malaysia. Dia risau, hatinya gundah. Bagaimana dia bisa menenangkan hati sahabatnya itu.
Petang itu Amir menguatkan semangat mengetuk pintu bilik sahabatnya Sulaiman merangkap ahli rumahnya. Pintu diketuk perlahan dan mulut melontarkan salam.
"Tengah buat apa Man?" Amir cuba memulakan perbualan dengan senyum segaris dibibir.
"Tak ada apa, isi borang mana-mana IPT untuk kemasukan bulan Disember," balas Sulaiman tawar.
"Hah? Man kau memang dah tak nak cuba lagi ke? Kau nak balik ke? Jangan kata kau nak balik, kesian la aku kena tinggal nanti,"
Petang itu Amir menguatkan semangat mengetuk pintu bilik sahabatnya Sulaiman merangkap ahli rumahnya. Pintu diketuk perlahan dan mulut melontarkan salam.
"Tengah buat apa Man?" Amir cuba memulakan perbualan dengan senyum segaris dibibir.
"Tak ada apa, isi borang mana-mana IPT untuk kemasukan bulan Disember," balas Sulaiman tawar.
"Hah? Man kau memang dah tak nak cuba lagi ke? Kau nak balik ke? Jangan kata kau nak balik, kesian la aku kena tinggal nanti,"
Amir benar-benar terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh sahabatnya itu. Dia semakin pening memikirkan keadaannya yang semakin terbeban itu. Setelah lama berdiam dan memerhatikan Sulaiman akhirnya Amir bersuara.
"Kau buatlah keputusan yang terbaik Man, kau jangan lupa semak balik kertas kau, mana lah tahu ada rezeki, jangan lupa doa banyak-banyak, jangan lupa solat istikharah dan hajat 10 hari 10 malam. Kau kena fikir dulu masak-masak, aku lebih suka kalau kau cuba lagi,"
***
"Aku dah tempah tiket balik Malaysia nanti, mak aku minta balik seawal yang boleh. Lagipun banyak lagi urusan yang nak diselesaikan bila dah sampai sana,"
"Kau memang dah tak nak cuba ke?"
"Kau memang dah tak nak cuba ke?"
"hati aku dah ada kat Malaysia Mir, aku bimbang kalau pisang berbuah dua kali, aku nak cuba bidang baru,"
"kau tukar lah kos aku, aku boleh ajarkan kau, lagipun kos aku lima tahun je, kau masih boleh grad sama-sama dengan yang lain," Amir masih mencuba nasib.
"Mir, kalau dah tak minat, tak boleh nak buat apa dah, mak dan ayah aku pun dah serahkan keputusan ditangan aku, jadi aku harap aku dapat buat keputusan sendiri lepas ni dan tak kecewakan mereka lagi,"
Amir terdiam memikirkan dirinya. Dia sendiri datang ke bumi anbiya itu dengan kehendak sendiri, tidak seperti Sulaiman yang mengikut kehendak keluarga. Dia menjadi kalut apabila keputusan peperiksaannya tertunda. Amir sangat bimbang jika tidak berjaya memperolehi keputusan yang membolehkan dirinya memohon tajaan yuran. Masakan tidak, yuran yang dikenakan pelajar asing sepertinya cukup tinggi, USD8k setahun. Tahun lepas sahaja ibu bapanya terpaksa mengeluarkan wang simpanan KWSP masing-masing untuk menampung yuran tahun pertamanya, dengan harapan tahun ini dia boleh mendapatkan tajaan yuran dari pihak JPA maka bolehlah orang tuanya bersenang hati. Tambahan tahun hadapan ayah Amir terpaksa berhenti kerja kerana sudah sampai umur pencen. Jika mahu mengharapkan wang pencen ayahnya, berapalah sangat dengan jumlah adik beradiknya seramai lapan orang. Amir juga mempunyai adik yang kurang upaya. Kos perubatan adiknya sahaja sudah tinggi. Dia bimbang, sangat bimbang jika dia menjadi bebanan tambahan pada keluarganya.
"Amir aku yakin kau pasti lulus, kau jauh lebih rajin daripada aku, Insya Allah ada rezeki tu," sambungan Sulaiman mematikan lamunan Amir.
"Hurmm.. aku yakin sahaja aku boleh lulus, aku cuma tak yakin aku boleh cemerlang, aku tak yakin aku boleh dapatkan tajaan, mana mak ayah aku nak cekau duit bayar yuran tahun ni? Mati lah aku Man.."
"Insya Allah ada rezeki tu,"
Kadang-kadang Amir terasa dirinya kurang bersyukur. Sudah diberi ini mahukan begitu, sudah diberikan begitu, mahukan begini pula. Dia sering mencari-cari punca sikapnya yang begitu. Kenapa dia sering mengeluh? Kenapa dia tidak mampu untuk tenang dengan apa yang dihadapinya? Hatinya sering resah. Masalah yang bertimpa dirasakan berat dan beban.
***
to be continued...
notakaki : hehehe.. ana tengah cuba untuk menulis, kali terakhir ana buat cerpen time sekolah menengah homework BM, karangan penulisan.. ^^
enjoy~
notakaki : hehehe.. ana tengah cuba untuk menulis, kali terakhir ana buat cerpen time sekolah menengah homework BM, karangan penulisan.. ^^
enjoy~
No comments:
Post a Comment