Disaat aku mula pandai berjalan aku tidak dibiarkan keseorangan,
Tanganku dipimpin kemas melalui jalan-jalan yang berliku,
Sehingga aku tiba dijalan yang lurus itu,
Tanganku mula dilepaskan,
Aku merasa seperti bebas, Aku terus berlari,
Laju, tetapi jalan itu lurus, tiada persimpangan,
Ramai yang aku jumpa,
Ada yang berlari seperti aku,
Ada yang berpimpin tangan sepertiku dahulu,
Ada yang berkenderaan laju,
Aku terpempan, aku juga mahu berkenderaan,
Aku penat, lelah, letih, bosan, sendirian,
Yang laju jauh meningalkan aku,
Yang perlahan jauh aku tinggalkan,
Akhirnya aku terjumpa sebuah kerusi rehat,
Aku duduk disitu, aku selesa,
Malas dan putus asa,
Aku tidak lagi mahu meneruskan perjalananku,
Lalu aku tidur di atas kerusi rehat itu,
Aku lena dibuai mimpi indah,
Aku tidak mahu jaga dari lenaku,
Kerana bagiku ianya sangat indah tidak seperti perjalananku yang bosan dan lurus,
Tetapi masakan aku bisa tidur bertahun lama?
Aku terjaga, tetapi aku masih malas,
Aku melihat saban hari makin ramai yang dibelakangku mula melintasi aku,
Yang aku tidak berjumpa sebelum ini juga ada,
Aku melihat gelagat dan aksi mereka,
Aku faham semua kerenah mereka,
Aku faham selok belok jalan yang dilalui mereka,
Kerana aku juga melalui jalan yang sama,
Tetapi kerana aku berseorangan,
Aku tidak mampu mengambil apa-apa tindakan,
Aku tidak dipimpin, tidak pula memimpin,
Aku terus duduk dikerusi itu,
Walaupun aku sedar ada sesuatu menungguku di hujung jalan lurus itu,
Tetapi aku masih memilih untuk menyambung lenaku di kerusi rehat itu,
Ya Allah, kau datangkanlah aku, pemimpin buat aku,
Untuk aku meyambung perjalananku,
Untuk aku terus berlari dan mempunyai kenderaan yang laju sehingga kehujung jalan lurus ini,
Semoga aku tidak tersungkur dan menyimpang dari jalan ini,
Semoga aku tidak lagi letih dan bermalas2 dikerusi rehat yang aku ciptakan sendiri ini,
Ya Allah, Kau ampuni lah diriku,
Kau pinjamkan lah aku sedikit kekuatan bagi meneruskan perjalanan ku ini..
La haula wa la quwwata illa billah..
wallahu'alam~
No comments:
Post a Comment