**Penjejak**

Allah, aku rindu padaMu!!!

Selamat pagi.
Hari ni ana tak dapat tidur. Mungkin sebab dah berbulatan gembira sampai terlajak waktu tidur, ana jadi hilang mengantuk.

Ok cerita ni tak ada kaitan dengan bulatan gembira langsung.(^^) Ana sekarang dah jadi belog walker dan fb stalker.. huhu.. ana cuma cari bahan-bahan bacaan yang boleh mengisi masa lapang sahaja *sengih evil* Ana ada terbaca status fb seorang da'ie ni, dia kuarkan statement yang berbunyi pertanyaan.
"Macam mana mahu rasa rindu dan cinta pada Allah?", "...then kalau xda rasa tu macam mana ek?"



Menarik kan soalan dia? Tak? Ok la ana je la yang rasa menarik ^^. Sebab ana dah lama cari jawapan bagi persoalan tu. Ana ni kalau tanya diri sendiri selalu tak jumpa jawapan, tapi bila orang mula persoalkan benda yang sama baru ana terfikir jawapan.

Ana selalu tertanya-tanya macam mana rasa rindu dan cinta pada Rasulullah SAW, macam mana rasa rindu dan cinta pada Allah? Adakah dengan menjerit dalam doa Ya Allah aku rindu padaMu maka itu bermakna kita rindu? Tidak. Tidak. Tidak. Mana enti tau? Ada ana cakap tau? Hehehe.. *sengih tayang braces*

Ok kita kembangkan cita ni ke tajuk lain jap.

Akhir-akhir ni ana rasa ana dah makin jauh ngan Allah. Rasa hati semakin gelap. Maklum la dekat tiga tahun ana sumbatkan telinga dengan lagu-lagu yang tak ada roh langsung (k-pop, j-pop, pop corn je takda =.=) Kalau orang yang kenal ana kat luar boleh pelik tengok tabiat luar biasa ana. Ini apa yang orang sok sek sok sek sampai kat telinga ana la, katanya eh akak tu pelik kan. Ana pun tak tahu tang mana peliknya. Mungkin tak selaras dengan cara pemakaian ana yang tak istiqamah, terkadang berjubah dan bertudung labuh bidang 60 dua meter, dan sesekala boleh terserempak tak kenal dengan ana yang bersarungkan tudung lilit bersama blouse dan sluar slack. Boleh jadi juga ana akhawat yang terlebih cool, yang boleh berborak gila dengan sesetengah kenalan yang berjeans dan tudung pendek dan dalam masa yang sama boleh pong pang pong pang dalam menyampaikan DnT. Dan kecenderungan ana yang melampau terhadap kartun dan minat yang berlebihan terhadap drama-drama korea dan jepun serta movie-movie yang berunsurkan seni tarian dan nyanyian menjatuhkan kepercayaan orang sekeliling terhadap ana. Jadi disinilah tampak peliknya ana ni kot. *Question mark*

Cuti summer yang singkat (ada dekat tiga bulan) di Mesir yang Allah beri kepada ana, buat ana banyak berfikir dan muhasabah diri. Ana banyak mengenang perubahan yang telah ana lakukan pada diri sendiri. Rupa-rupanya ana termasuk dikalangan golongan-golongan yang terpengaruh dan bukan yang mempengaruhi. Ana dengan mudahnya terpengaruh untuk melayan segala cerita yang melaghakan tu, ana dengan mudahnya terpengaruh dengan fesyen yang terbelit tercekik tu, ana dengan mudah terpengaruh dengan macam-macam lagi perkara yang dahulunya ana takut jika mengecewakan ibu bapa ana. Bukan kerana setiap perbuatan ana di bawah sistem terkawal imigresen ummi dan abah, tapi sebab ana bimbang dan sedih jika ana mati esok lusa, ana tak sempat bertaubat dan mewasiatkan bekapal-kapal dosa buat ayahanda dan bonda tercinta. Tambahan ana punya ramai saudara lelaki, bimbang mereka turut diheret ke lembah yang sama dengan ana di akhirat nanti. T_T Nauzubillah..
Jadi ana berharap dan terus berharap, berdoa dan terus berdoa, Allah akan kurniakan seorang hamba yang mampu memberi peringatan buat ana sentiasa. Ana rasa tak kuat sangat. Rasa bersendirian.

Setelah minta pendapat seorang ukht ni, dia menasihati ana untuk sering berzikir, berselawat dan beristighfar. Ana cuba mencuci hati. Kata mak sedara ana, nak cuci hati ni susah, kalau cuci gigi boleh la jumpa Dr. A. *sengih tak ikhlas*

Alhamdulillah ana rasa lebih tenang sekarang dan seperti diberi jalan oleh Allah. Jadi ana tengah nak slow-slow cari jalan simpang empat dulu. Maklum la dulu masa sampai simpang empat waktu malam, lampu kenderaan tak pasang sebab tak pandai bawak, lesen tak da =.="...

Balik semula pasal cinta dan rindu pada Allah dan Rasulullah SAW,

Ana dalam proses nak kumpulkan semula koleksi-koleksi mp3 bacaan ayat Al-quran dan nasyid yang ada clorox, dynamo, coke dan segala ingredient yang boleh buat ana tangkap leleh.. Nak cuci hati gaya dentist. *garu kepala semak buku dental materials* Ana tengah buat eksperimen ke atas hati sendiri, kot la keras perlu dilembutkan, kot la berkarat perlu di sentalkan, kot la bengkak perlu diubatkan.

Sampai satu tahap ni, ana terfikir, ana nak sangat terpilih berjumpa dengan Allah di syurganya. Ana nak sangat merasai rindu dan cinta pada Allah. Ana nak segala kebaikan tu. Pernah tak antum semua dengar nasyid kumpulan Hijaz yang bertajuk Rindu? Kalau tak pernah cuba dengar. Test hati antum macam mana. Bila kita terlalu rindu orang yang dah pergi meninggalkan kita, kita boleh jatuh sakit dan ada yang rindu sampai ajal. Tahukah antum semua rindu kepada Allah tu sepatutnya indah seperti mengingati mati setiap hari. (ok ni statement ana, jangan percaya sangat)

Jadi bagaimana orang yang mengatakan rindu tu masih leka diulit mimpi sampai subuh gajah kadang-kala tak subuh langsung? Apakah maknanya? Maknanya hati kita masih belum rindu? Maknanya hati kita masih keras dan berkarat? Maknanya dosa kita masih berkapal-kapal malah berbukit bergunung? Maknanya? Maknanya? Maknanya?

Cari lah jawapan untuk diri masing-masing. Kalau exam mana boleh tanya balik pembuat soalan. Nak tanya pengawas yang jaga pun tak boleh. Kenalah study dulu, experience dulu. InsyaAllah enta/enti/antum/antunna seme dapat jawapan..(^_^)

"Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lengah" - [7 : 205]

Wallahu'alam...
Sekian, Till we meet again~

No comments: