Entri hari ini ana nak kongsikan pengalaman duduk rumah sewa yang jauh dari mak ayah. Dalam entri yang lepas (Masak) ana pernah mengarut pasal gaya hidup malas ana dalam memasak dan bagaimana picky nya ana dalam bab-bab makan ni. Jadi ni nak sambung karutan lepas, ana memang tak boleh kalau tak dapat makan masakan rumah ni.
Bangun pagi ana da fikir nak masak nasi goreng ke? Mee goreng ke? Ouh lupa nak maklumkan, ana dah biasa makan makanan berat pagi-pagi, sebab ummi ana rajin bangun subuh-subuh masak untuk family, tambahan abah memang jenis makan berat-berat dan tak suka sangat makan kedai. Jadi dah terbiasa. Kata orang 'perut melayu' tak sah kalau tak da nasi.(^^). Disebabkan ana tak lagi duduk dengan ummi dan abah, terpaksa la merajinkan diri untuk memasak. Kalau dah malas sangat makan roti kosong je la. Kalau malas juga, tunggu makan tengah hari la jawabnya. kalau dah masuk tengah hari, perut ana lagi la tak boleh nak tahan-tahan, buatnya masuk angin jangankan gastrik, migrain dan segala macam penyakit bertimpa-timpa datang. Lagi sekali ana kena lah merajinkan diri untuk memasak.
Mungkin sebab ummi ana dah didik untuk berkongsi dari kecil (adik beradik ramai faham sangat la) atau mungkin ana dah biasa bergaul dengan ramai orang dan duduk di asrama membuat kan ana tak lupa adab-adab duduk serumah macam mana. Ana tak sanggup makan seorang diri sementara kawan serumah terpaksa makan magie je.
"Tidak sempurna Iman jika kau tidur dalam kekenyangan, sedang jiran tetanggamu menangis kerana kelaparan"
Ana memang ingat aja baris lagu Mestica kalau nak makan. Paling tidak kalau ana tak kesian kat orang sekeliling, anak wajib-tak-dosa-kalau-tak-buat teringat kat ummi abah dan adik-adik, apa lah diorang makan kat Malaysia nun. *err lebih2 pulak aku* Nak ceritanya bab makan memang susah nak lupa kat orang.
Tapi ana tak ada lah pulak pandai memasak.(^^). Tang sini la datangnya Chef Google.. Pernah sekali ana masak hentam-hentam je kat rumah abang ipar, lepas tu boleh pulak ada sesi Q&A. Tak sudah-sudah dia perli pasal google resepi. Adoii.. lemah-lemah. Bila ana fikir-fikir balik kira baik la ana google resepi dari order kedai je semedang.
Ana ni kalau cerita, ada je bahagian negatif yang ana nak taip. Kira ana nak nasihat la, kalau antum seme baru nak memulakan hidup berkongsi rumah, belajar lah macam mana nak bersosial dengan ahli bait dulu, baru la orang luar. Fahami hak-hak kita dan mereka. Ana kadang-kadang terkilan, ada sesetengah perkara ana tak mampu nak tegur, jadi ana biarkan masa yang mendidik mereka. (tacing lebey2 xda orang nak pujuk) Allah tu jauh lebih mengetahui daripada ana, jadi kalau nak mengeluh lebih-lebih nampak tak redha pulak. Ana nak sangat rumah yang ada roh Islam, roh masjid. Macam mana tu ye?
- Rumah hidup dengan ibadah seperti solat fardhu (berjemaah), membaca al-quran dan berzikir.
- Banyak aktiviti dalam rumah yang dilakukan secara berjemaah seperti makan, mengemas rumah, menonton, atau berbual-bual.
- Penghuni rumah sentiasa dalam keadaan kasih mengasihi dan terhindar daripada sifat marah.
- Rumah dihiasi dengan perhiasan yang sederhana dan menepati syariat.
- Wujud budaya amar ma'ruf nahyi munkar dikalangan ahli bait.
- Media hiburan dan bacaan yang berunsurkan pendidikan Islam seperti kitab majalah dan buku agama. Sering memperdengarkan bacaan ayat suci al-quran dan zikir.
Seronok kan kalau dapat duduk dalam rumah macam ni, dapat rasa halawatul iman, hati rasa lebih tenang, terhindar dari maksiat. Ana suka sangat kalau bait ana macam ni. Antum seme tak nak ke? Kalau nak, semuanya bermula dari kita, Tak pa la hari ni kita jadi Chef Google. Masak untuk kawan-kawan serumah. Mula-mula jemput makan, lepas tu ajak beli barang-barang dapur sama-sama, kemudian ajak kemas rumah sama-sama. Bila dah rasa kamcing sikit, bahagikan tugas sama rata. Ini lah antara hak-hak ahli bait.(^_^)
Dari Chef Google boleh dapat rumah yang ada roh masjid. Kata Ustaz Hasrizal,
"Erti hidup pada memberi."
InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah.. Ana doakan antum seme dapat hikmah macam ni dan doakan ana juga dapat bait macam ni..
Sekian wallahu'alam,
Till we meet again~
Dari Chef Google boleh dapat rumah yang ada roh masjid. Kata Ustaz Hasrizal,
"Erti hidup pada memberi."
InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah.. Ana doakan antum seme dapat hikmah macam ni dan doakan ana juga dapat bait macam ni..
Sekian wallahu'alam,
Till we meet again~
No comments:
Post a Comment