Selamat petang.
Quote hari ni ; " If Allah brings you to it, Allah will bring you through it "
Ana student dentist, tapi ana belum pernah cerita apa-apa yang berkaitan ngan dentist. Sebenarnya sebelum ni ana tak yakin. Ana tak yakin ana mampu ke jadi dentist dalam masa empat tahun lagi. Lepas ana baca quote di atas ana sedar. Rasa terbuka sangat mata yang langsung tak sepet ni. ^^
Masa ana baru-baru sampai orang tanya dulu ana sekolah mana. Ana jawab je, "Dari form 1-4 saya sekolah kat terengganu, pertengahan tahun form 4 saya pindah sepang." Bila dah lama duduk sini ada orang perasan, teman-teman rapat panggil ana akak, yang lain terkejut, kenapa akak, bukan sebaya ke? (agaknya ana ni berperangai kebudak-budakan kot) Jadi ana jawab la, "dulu masuk matrik," "oh tua setahun la ni," "eh tak la, dua tahun," "oh matrik dua tahun, PDT ye?" "tak juga," ana senyum je tengok derang pelik, "PST, tapi repeat setahun,"...then bla-bla..
Ana teringat masa tahun pertama di matrik semua kawan-kawan fikir ana buat kerja gila bila ana bagitau hasrat nak drop paper math supaya ana dapat repeat matrik tahun depannya. Semua kawan ana tak setuju, ada yang kata buang masa, ada yang persoalkan balik kemungkinan-kemungkinan diluar jangkaan. Ana cuma jawab " Aku yakin dengan setiap peluang yang Allah bagi, siapa kata peluang datang sekali? Kalau betul jalan yang aku pilih, Allah akan buka setiap jalan tu, InsyaAllah mesti boleh,"
Kenapa ya ana nak repeat segala buang masa dan duit duduk di matrik? Sebab ana nak jadi dentist muslimah. Ana dapat ilham bercita-cita sebegini sebelum result SPM keluar. Sebelum ni ana selalu kata kat kawan, ana paling tak mahu amik medic dan sewaktu dengannya. Tapi at last ana yang buat kerja gila semata-mata nak pergi Mesir amik dentistry.
Alhamdulillah, ana sampai juga sini.
Tapi Allah sentiasa menguji hamba yang dikasihiNya. Hati ana mula goyah. Ana rasa beratnya ambil dentist disini, Jadual yang pack, tutorial tak ada, senior yang sedikit, kesusahan dalam berkomunikasi dengan pensyarah, (pensyarah tak faham bahasa inggeris Malaysian student?) latihan kurang diberikan, sistem pemarkahan yang berat kepada final exam, berat-berat. Ana rasa lumpuh sebelah badan. Kadang-kadang menangis, takut kecewakan ummi abah. Maklum la yuran setahun USD8k. Ana bukan budak tajaan pun, NOC pun tak ada lagi.
Jadi bila ana baca quote diatas ana rasa Allah pinjamkan kembali kekuatannya kepada ana. Hati ana jadi yakin semula. Kalau Allah dah buka jalan dan bawa ana sampai kesini, InsyaAllah, Allah akan bantu dan bawa ana untuk menghadapi segala kesukaran tu. Kita cuma perlu berusaha, berdoa, yakin, dan bertawakkal, jangan banyak mengeluh.
Bila sebut mengeluh ini lah yang ana nak bangkitkan hal-hal berkaitan universiti. Ana kagum dengan senior-senior medic yang boleh bertenang dan tersenyum melihat telatah adik-adik yang sering mengeluh. Mesir bukan lah negara yang mundur atau ketinggalan. Mesir jauh lebih maju sebenarnya dari segi teknologi berbanding Malaysia. Cuma kerana negara ni terlalu besar dan berpenduduk ramai, hanya sesetengah tempat sahaja kemajuan tu dapat dilihat. Sistem pengurusan disini amat lemah kerana masih menggunakan sistem manual. (Semua pakai fail kertas, bukan komputer). Kerana yuran yang dikenakan pada pelajar tempatan adalah percuma atau terlalu murah yang hanya menampung pembiayaan bahan mengajar sahaja, universiti tidak mampu menampung pembiayaan selengara dan kemudahan belajar. Tapi pelajar Malaysia mendapat banyak keistimewaan kerana yuran yang dikenakan sangat tinggi. Disini lah segalanya bermula. Banyak keluhan-keluhan yang didengari dek sistem dan kemudahan universiti yang tidak serupa dengan Malaysia. Sahabat-sahabat, ana ingin antum semua berpijak di bumi yang nyata, ini bukan Malaysia. Masakan lembu mahu disamakan dengan unta?
Jika anta/ti yang sedang membaca berhasrat untuk kemesir, ana cadangkan istikharah dan tajdidkan niat terlebih dahulu. Tanya diri sendiri, kenapa mahu kesini? Mahu bersuka ria, bersenang-senang atau belajar. Belajar dengan erti kata apa? Belajar bukan sahaja dari buku dan pensyarah, belajar pada persekitaran dan alam sekeliling, barulah kita tidak mengeluh.
Kalau ada yang bertanya ana bagus atau tidak Universiti di Tanta? Ana akan jawab baik sahaja. Bukan nak biarkan adik-adik berangan. Tapi ana tak tipu, sebab ana bukan pelajar dibawah fakulti perubatan. Alhamdulillah fakulti pergigian cepat belajar dengan kerenah anak-anak malizi. Sistem pengurusan kami jauh lebih baik dari fakulti perubatan. Tapi disebabkan kami linked dengan tiga fakulti semasa pre-dental, jadi kekalutan tu sering berlaku. Jadual terpaksa drag hingga larut malam (kami habis practical jam 6-7 malam..^^), buku lambat dapat dek masalah fakulti dentistry tak bayar pada fakulti science, result final keluar saat-saat akhir bila permohonan JPA hampir tutup, tarikh cuti yang tak tetap. Tapi semua ini saya anggap normal. Universiti mana yang tak mempunyai masalah. Sebab kita tak pernah masuk universiti di Malaysia cuma dengar-dengar dari teman-teman sahaja, jadi kita anggap 'ouh my university is the worse #%$#'.
Kenapa kita tak cuba buka seinci lagi mata kita, takpa biarkan debu mesir masuk kedalam mata, supaya kita faham bagaimana pedihnya kehidupan penduduknya sendiri. Adakah kita penjajah seperti belanda, british, komunis, dan jepun? Kita mahu kesenangan tatkala rakyat negara tersebut mengisi perut dengan ish yang hanya nus 10 keping? Ana kagum sejuta kali dengan semangat penduduk mesir. Bertapa Islam tu indah bila kita memahaminya. Ana pernah jumpa pemandu teksi yang mempunya ijazah kejuruteraan kimia. Bila ditanya kenpa bekerja sebagai pemandu teksi? Jawabnya kerana peluang pekerjaan yang sangat tipis. Kalau di Malaysia agaknya dah boleh beli kereta dan rumah sendiri tak? Yang ana nak bold kan disini adalah, walaupun mereka berkelulusan tinggi, atau setakat belajar sekolah menengah, kebanyakan mereka telah khatam menghafal 30 juz Al-quran, (kite ade?). Ala derang arab boleh la, kenapa? Arab ingat diaorang cakap bahasa baku al-quran ke? Kita Melayu bukan Islam ke? Jadi ketuk-ketuk la hati masing-masing.
Sebenarnya terpulang kepada cara individu berfikir dan mentafsir setiap ujian yang Allah bagi. Jika kita sentiasa positif, semua masalah nampak minor je..^_^~ Cuma kita perlu ada stimulator untuk suntik semangat supaya kita sentiasa kuat untuk hadapinya. Sebab Allah yang bawa kita padanya, maka Dia akan bantu kita hadapinya. Ana ni stimulor kurang, kadang-kadang down juga. Doakan setiap langkah ana adalah kearahNya dan dengan redhaNya,
Sekian, wallahua'lam..
Dentist wannabe~~=D
No comments:
Post a Comment