Selamat pagi. Ana baru habis usya-usya kat fb, then ana perasan la gambar sahabat kepada sahabat yang berposing dengan pakaian pengantin tradisional korea, hangbok. Pasangan mungkin pelajar engineer di korea, sebab sahabat ana belajar kos yang sama di sana.
Bila ana fikir-fikir kembali, beberapa abad yang lepas mungkin sekitar 70-an atau 80-an sudah ada golongan profesional yang menikah awal, masuk abad seterusnya 90-an dan 20-an golongan ini kembali mengejar profesion masing-masing. Then start 2010, dah ramai yang mula menjejak langkah ibu ayah masing-masing (mungkin). Ni teori ana la.
Ana takda sebarang alibi, tapi ana perasan, zaman ana berhingus dulu, kalau pergi kenduri seme melibatkan orang yang dah kerja dan tamat pengajian, umur sekitar 24-30. Tenaga pengajar ana pula ramai yang menikah awal, sekitar 21-25. Bagi golongan pro, umur ini boleh dikatakan awal sebab praktikal pun tak buat lagi.
Masa ana tengok rancangan korea, seorang artis perempuan pernah cakap, kalau saya kawen usia 20 tahun, saya ada 40 tahun untuk habiskan sisa hidup dengan suami. Bila saya fikir balik, betul juga. Kalau jangka hayat usia manusia sekarang 60-80 tahun...wahhh..lebih daripada separuh umur kita hidup dengan suami je? Hehehe..
Tapi ana galakkan mana-mana akhawat yang rasa dah sampai masa, dah ada calon, dah cukup syarat, dah dapat green light dari parents, nikah la. Itu yang lebih afdhal. Bila menikahnya keturunan adam, maka sempurna lah separyh iman dia. Insya Allah. Jadi tak kira lah, pro ke, kelas sederhana ke, bawahan ke, kuli ke, setiap orang ada hak untuk menikah. Awal atau lewat terpulang kepada individu dengan izin ibubapa/penjaga. Mesir atau korea, Malaysia atau US..semuanya terpulang.hihi.^^.
Jadi ana bila lagi? Ana agak rimas kalau orang jadikan usia ana sebagai gurauan untuk orang pertama yang menikah. Maklum la sekeliling ana adik-adik. Ana single and not available since ana memang bercita-cita untuk membantu keluarga? Kenapa, kalau nikah tak boleh bantu keluarga ke? Ana berdoa kalau ditakdirkan menikah diusia muda, semoga suami ana jenis yang memahami dan bertolak ansur. Setiap orang ada corak dan kekangan keluarga dalam hidup masing-masing. Jadi setiap individu lebih memahami keadaannya. Jadi, tak perlu la bila sendiri yang nak menikah dan beranak tunding jari kepada ana dulu kan? Pahatkan dalam diri masing-masing, bahawa hidup bekeluarga ni bukan manis je, kadang-kadang ada juga rasa lain-lain, jadi kalau belum bersedia nak rasa pahit, masam, masin, banyak-banyak lah dekatkan diri dengan Allah, bukan lelaki ajnabi. Btw, ana muda lagi ok..heee~~^_^
ok till we meet again, wassalam~~
No comments:
Post a Comment