**Penjejak**

Syahdu Malam Syawal diPeranTANTAuan~~T.T

Selamat malam.
Azan Magrib 30 Ramadhan menandakan usai sudah 30 hari perjuangan ummat Islam menunaikan rukun Islam yang ke-3 pada Tahun ini. Alhamdulillah3x..Syukur sangat-sangat. Walaupun hati hiba tak dapat meraikan kemenangan ini bersama keluarga tercinta, tapi ana masih bersyukur diberi peluang untuk merasakan bertapa berharganya keluarga disisi. Ana cinta dan kasih keluarga ana kerana Allah, InsyaAllah.

Ajaib sungguh, walaupun dipisahkan jauh bejuta batu bukit-bukau gunung-ganang dan lautan, hati yang syahdu dan hiba tak mampu menitiskan air mata.



Bila jauh dari keluarga macam-macam kenangan la berputar dalam kepala. Teringat bertapa kalutnya nak bersiap untuk pulang ke kampung, suara ummi melaung-laung di bawah, adik abang yang sibuk mengangkut barang dan menyelenggara kenderaan, abah yang diam memerhati kelekaan ana yang sering bersiap lambat. Perbalahan sering je menyulam perbualan kami. Kata orang tak gaduh tak mesra. Bila dah sampai kampung pula, ana jangan kata internet, mesej pun ana tak layan. Hihihi~ Sibuk malam raya dan malas nak layan. Tapi bila dah seorang diri ni, ni la pengubat rindu ana.

Ya Allah..rindunya ana pada ummi, abah, adik2 n abang2. Walaupun kakak ana ada disini, tapi kami tak dapat beraya bersama. Maklumlah kaklong dah berkeluarga, sebagai isteri wajib dia patuh pada suami. Sebab ana perempuan,ana tak mampu untuk ikut kemana saja kaklong pergi, sebab masih ada batasan antara ana dan abang ipar ana yang perlu dijaga. Malah aib bagi ana untuk bergaul berlebihan dengan sahabat-sahabat abang ipar ana. Semoga kaklong bergembira di pagi syawal bersama suami dan anak tersayang di perantauan.

Jadi endingnya macam mana? Ana beraya la seorang diri di perantauan. Sedih kan? Tak pa, Allah nak ana jadi gadis yang cekal dan tabah. Cewah (^_^)~~ Alhamdulillah Allah kirimkan seorang sahabat peneman hari raya buat ana. Terima kasih akma sebab sudi stay ngan akak kat Tanta ni ^^. Malam ni syahdu sangat sebab tak dapat dengar takbir raya dari bibir abah, tak dapat salam ummi ngan abah minta maaf macam taun-taun dulu, tak dapat bersama adik2 dan abang2 berjalan beraya dan paling sedih tak dapat call mesia sebab jarak masa 6 jam. Bila ana tidur, mereka berjaga, bila ana berjaga semua sibuk dan bila mereka senang ana pula sibuk dengan urusan harian disini. Woo~~T.T~~


Disini ana titipkan doa buat keluarga di Malaysia,
"Semoga selamat dalam perjalanan jika pulang ke kampung, ingat la ana ada kat sini nak jumpa lagi taun-taun depan, pandu kereta hati-hati. Semoga dilimpahi keberkatan dan rezeki yang tak putus dan semoga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa. Ana disini mohon maaf atas segala kekurangan diri, Selamat Hari Raya Aidilfitri, kullu sanah wa antum bikhoir."
P/s:Ada duit raya lebih kirim-kirim la..hehehe~~

No comments: